PAGES

Thursday, May 27, 2010

Main Wau


Wau Bulan sejenis permainan rakyat kelantan sejak zaman tok nenek kita,biasanya permainan ini di mainkan selepas musim menuai padi.Masyarakat di sana memainkan permainan ini setelah penat membanting tulang mengerjakan sawah selama semusim.

Dulu aku masa duduk kg selalu la main wau ni,selalunye aku main wau daun,wau burung dan wau bulan la. Biasa aku main pas musim menuai pasal tanah sawah kering,takda air angin pun kuat time tu. Budak-budak kampong semua mainla yime musim tu pasal takda aktiviti lain dah.Kat kampong ni permainan ikut musim, kalu musim piala thomas semua pakat main badminton kat umah mak no ,habis la orang kampong berkumpul kat citu,time tu rashid sidek la famus.Semua pakat nak jadi Rashid sidek tapi aku jadi Ardi wiranata pemain indon tu. Musim main takraw pon ada bila musim piala dunia semua main bola pakat nak jadi romario tahun 1994. Tapi arini aku nak citer pasal main wau. Aku dulu xterer wat wau ni. Tapi kat kg aku icuk anak mok su mekjah pandai la buat wau ni. Dia kira juara la kat area umah aku ni.wau dia paling tinggi . Kat kg ni kami main wau mudah saje.pukul 4 kita naikkan lepas tali panjang gak tinggal la pastu pukul 7 baru turunkan. Kat kg sebelah remi mat ji n ajis anak pok su che leh biso jugak buat wau ni,tinggi melangit la kalu set dio main gak,sapa penat nak kara turun.

Lagu dikir barat hok famus sekali ciptaan seman wau bulan tu ore kg aku la.Umah dio dekat je.kg belukar. kat bawah ni lirik dia.

Eh wah buleh, eh wah buleh
Wah buleh teraju tigo
Eh wah, eh wah, eh wah buleh
Wah buleh teraju tigo

Ini maleh samo-samo
Samo-samo bersuko-rio
Ini maleh samo-samo
Samo-samo bersuko-rio

No comments:

Post a Comment