PAGES

Thursday, July 22, 2010

Bermain rakit ketika musim bah....



Terkenang daku pada zaman cuti persekolahan,selalunya bulan November dan Disember lah kalo dulu-dulu. Kalau kat pantai timur time tu musim bah atau banjir. Aku sepertimana budak kampung lain kalo musim bah ni mesti ada aktiviti menarikla.Tahan taut ,jaring dan yang best main rakit dan mandi kat paya kat kg aku,orang pangil paya Tambak Cekok.Fuh time tu dalam tahun 1996-1999 aku aktif giler la aktiviti-aktiviti tersebut.

Buat rakit sendiri!Bdk kg aku buat rakit dengan buluh minyak atau buluh dinding. buat rakit ni senang je,macam gambar tersebutla.3 orang da cukup tuk buat rakit ni.8 batang buluh kira dah besar dah.cukup tuk tampung 5 orang.Bila siap rakit ni bermulalah pengembaraan ke paya itu.Paya ni bersambung dengan paya di kampung sebelah.kira buleh pusing dua tiga kampungla. Kenangan yang tak dapat aku lupakan....best wooo. Kalo ujan bleh pegi igat belalang.pasal time ujan belalang jinak senang nk tangkap. balik suruh mok goreng kunyit makan ngan nasik bestnyer...yang lebih letak dalam tin bleh simpan.Korang semua mesti tak penah makn kan???Rugi tak dapat rasa nikmat hidup.

No comments:

Post a Comment