Salam semua,
Musim cuti sekolah sudah berakhir , minggu ini para pelajar mula kembali ke sekolah untuk meneruskan pengajian yang sudah di tinggalkan hampir dua bulan. Bila tengok budak-budak berpakaian seragam sekolah terkenang aku pada alam persekolahanku dulu.
Aku masih ingat pada tahun 1995-1996 zaman aku bersekolah rendah di Sek. Keb. Beta Hulu. Time tu aku tinggal bersama nenek dan atuk aku bersama adik beradik yang len. Kami adik beradik memang tinggal bersama tok nenek pasal ma aku tak berapa sihat kerana penyakit saraf yang di alaminya. Lagi pun time tu abah aku keja lagi kat kem Desa Pahlawan , mereka tinggal kat Ketereh (dekat je pun sebenarnya). Zaman itu aku pegi sekolah naik basikal je.Sekolah dari rumah tak jauh sangat tapi berpeluh la jugak nak gatih (kayuh) basikal tu. Zaman tu bangun pagi – pagi lagi,biasala sekolah 7.45 da masuk tapi aku memang selalu lambat haha..(sampai sekarang masih tak berubah). Pasal selalu lambat memang da biasa kena denda la,biasanya ada je pengawas tulis nama dan kadang-kadang memang cikgu pun ada bersama siap ngan rotan daa..huhu pagi-pagi da kena denda adeh..
Pada masa tu duit saku tuk belanja sekolah nenek aku bagi 50sen-60sen je,bukan cam zaman sekarang paling koman pon $1.50-$2.00. 50 sen zaman tu boleh la beli nasi dan air sirap.Seingat aku bukan selalu aku makan nasi pasal nak jimat cermat ni,Selalunya time rehat aku beli keropok lekor ngan air je habis la 30sen petang ni ada la lagi 20 sen tuk belanja fardu ain plak. Pasal selalunya time kelas fardu ain yang jam 3 hingga 5 petang tu nenek aku tak bagi duit da. Biasala kami ni bukan orang senang . Nenek aku ngan tok aku keja kampong je,mengerjakan bendang tu la kerja mereka. Zaman tu anak-anak pun bukan senang lagi,so kitaorang ni bulehla di ketegorikan taraf sederhana tahap kampong.
Tapi zaman sekarang bila aku da duk Bandar besar macam kolumpo ni aku tengok budak-budak sekolah sekarang dasyat,tengahari makan kat café-café yang ada kelas, siap bleh lepak kat internet café berjam-jam plak.Banyak betul duit mak bapak diorang tapi bila aku balik kampong orang kampong masih tahap tu jugak,takda la berubah sangat dengan 10 tahun yang lalu, yang berubah pun mungkin ngan duit saku yang depa bawak tapi nasi sekarang da seringgit,air da 30 sen. Boleh kata semua mahal la, tu yang terpaksa mak bapak menyediakan duit lebih tapi tuk orang yang kerja kampong, tingkat pendapatanya masih sama ,tak berubah sangat pun. Kadang-kadang aku terpikir macamana nasib aku pada masa depan, macam sekarang pendapatan aku ni boleh di ketogorikan miskin tegar kat bandaraya seperti kolumpo ni. Aku da cuba berubah tapi rezeki aku belum sampai lagi kot, whatever pun aku akan usaha sampai aku berjaya. Aku harap pada budak-budak kampong aku belajar la rajin-rajin kalo tak memang susah la korang nak senang. Zaman sekarang makin mencabar , semua orang berlumba-lumba nak jadi yang terbaik. Aku lihat kat opis ni pun mak bapak sibuk nak antar anak kat tempat yang terbaik untuk menjamin masa depan anak-anak mereka , maknanya sekarang adalah zaman yang penuh persaingan jadi aku sangat berharap generasi muda yang duduk kat kmpung aku tu berusahalah bersungguh-sungguh.
Adios amigos (sekadar meminjam salam yb haprak kat kulim tu)
Shahrul... Kalau nak berjaya kat PROPEL tu, cuba minta pie oversea. Projek oversea mcm Brunei n Abu Dhabi mmg tengah cari org.. Tapi Kak Su tak sure samada Kak Nik n Kak Lin approve tak transfer tu.... All d best Shahrul... :)
ReplyDeletethanks kak su,tp wat masa sekarang nak mahirkan diri lu,kumpul pengalaman.skrg pon sy wat keja lembab sgt..myb setahun lg bru sy mahir skit ngan keja sy ni..
ReplyDelete