PAGES

Monday, November 24, 2014


Nostalgia Hati Emas dirungkai



“Aku bosan dengan lagu cinta yang mendayu-dayu, lagu itu buat masyarakat kita lemah. Aku mahu buat lagu untuk rakyat, sekali gus memperjuangkan akar Melayu kita.” Itulah bait kata yang terngiang di kepala tatkala menunggu konsert bersejarah kumpulan legenda Kembara di Panggung Sari Istana Budaya ‘memecahkan’ Istana Budaya malam 20 November lalu.
Bait kata tersebut dipetik dalam sebuah filem Kembara Seniman Jalanan yang diterbitkan pada tahun 1986. Watak Jebat yang dilakonkan oleh M. Nasir pada ketika itu mempamerkan prinsip vokalis kumpulan tersebut apabila berbincang mengenai muzik.
Jebat yang bermula sebagai seorang pemain muzik jalanan berjuang dengan muzik rakyat menghiburkan setiap manusia yang lalu-lalang. Kaki lima Kompleks Pertama, Kuala Lumpur dan ba­ngunan Dayabumi menjadi saksi kepada perjuangan seorang wira seni.
Demam cetak rompak yang tiada kesudahan pada ketika itu menjadi musuh utama Jebat dalam perjuangannya. Kelesuan itu membuatkan dirinya mahu bangkit memartabatkan industri muzik ke satu tahap yang lebih tinggi tanpa melupakan asal-usul adat Nusantara.
Begitulah, sejarah yang dibuku ringkas dalam bentuk filem mengenai jasa yang ditabur oleh vokalisnya, Datuk M. Nasir serta kumpulan kembara terhadap industri seni muzik negara.
Kumpulan ini bukanlah sebuah band biasa, sebaliknya tidak keterlaluan jika dilabelkan sebagai pencetus revolusi dan pembawa suara rakyat melalui karya-karya mereka. Kumpulan ini betul dipandang sebagai seorang perwira pada era 80-an.

SUDAH berusia 28 tahun, Kembara membuktikan usia yang makin ‘tua’ bukan satu lambang buat mereka tidak lagi mampu beraksi dengan baik. Sebaliknya, ‘tua’ mereka penuh kredibiliti yang tidak mungkin ada pada kumpulan generasi baharu sekarang.


Keriuhan dek ratusan peminat yang datang seawal pukul 7 malam membuktikan keterujaan mereka me­nunggu saat konsert bermula. Melihat wajah-wajah yang hadir pada malam pembukaan konsert tersebut, jelas terpancar rasa dahaga mereka yang ingin melihat Kembara beraksi setelah hampir satu dekad kumpulan itu tidak beraksi di Malaysia.
Mengambil tempat masing-masing pada pukul 8.30 malam, hampir setiap ruang lompong kerusi dalam panggung Sari Istana Budaya dipenuhi. Masing-masing ingin menjadi sebahagian daripada sejarah yang ingin dicipta bersama kumpulan pujaan mereka.
Tepat pukul 9 malam, kanvas putih yang menutupi ruang depan pentas disingkap perlahan-lahan, dalam samar-samar, muncul kumpulan le­genda itu yang dikepalai oleh M. Nasir, A.Ali (Hamdan Atan) S. Sahlan (Ros­lan Tajuddin), Md. Shah, Che Man dan Zoul melalui pentas hidraulik.
Tampil ringkas mengenakan kemeja berkolar berona merah sulaman label British India, Tanpa berbicara, figura itu terus menyampaikan lagu hit sepanjang zaman berjudul Ekspres Rakyat.
Penonton yang tidak mampu menahan keterujaan bagaikan dirasuk semangat perjuangan wira itu apabila kesemuanya dilihat menggerakkan bibir turut ikut menyanyi bersama.
Walaupun kedengaran judul lagu tersebut agak ganjil, namun bas eks­pres rakyat merupakan pengangkutan utama masyarakat ketika itu.
Adrenalin konsert diteruskan lagi dengan beberapa buah lagu kerakyatan yang menjadi asas utama konsep perjuangan kumpulan itu. Lagu se­perti Impian Anak Jalanan, Siapa Orang Kita dan Sesat di Kuala Lumpur menjadi santapan buat penonton yang hadir.

Zoul (kiri) dan S.Sahlan dalam salah satu aksi mereka menerusi Konsert Hati Emas Kembara berlangsung sukses di Istana Budaya, minggu lalu.


Secara jelasnya, tempoh 28 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat namun, gabungan penyanyi tersebut bersama kumpulan asal Kembara menggamit kembali nostalgia kegemilangan kumpulan ini.
“Bagaikan baru semalam kumpulan ini (Kembara) ditubuhkan, masa berlalu begitu pantas tanpa sedar 28 tahun Kembara berdiri sebagai sebuah kumpulan memperjuangkan irama Nusantara,” lontar M.Nasir usai menyampaikan lagu Sesat Di Kuala Lumpur.
Kesinambungan konsert diteruskan lagi dengan nukilan berjudul Ada Sepasang Mata. Lagu yang disampaikan oleh salah seorang anggota asal kumpulan tersebut, A.Ali begitu puitis maksudnya. Ditambah pula dengan kenyaringan vokalnya, membuktikan beliau masih mampu menyampaikan lagu tersebut dengan sempurna.
Tidak membiarkan penonton me­nunggu lama, mata audien yang hadir terus tertancap kepada susuk tinggi lampai yang dikenali sebagai Zoul. Terus menyanyikan lagu berjudul Bas No.13, Zoul menyampaikan lagu tersebut dengan gaya yang tersendiri berlainan dengan abangnya, M. Nasir.
Sinergi konsert diteruskan dengan beberapa buah lagu termasuk Kolar Biru, Nusantara dan Rupa Tanpa Wajah. Lagu-lagu ini pernah menjadi saksi kemunculan awal kumpulan ini sekitar awal tahun 80-an.
Energi yang dilontarkan melalui vokal luar biasa M. Nasir cukup me­ngagumkan sehingga mampu membuatkan penonton bersorak setiap kali selesai persembahan.
Memasuki segmen ketiga konsert, M. Nasir terus membawa penonton larut dalam emosi melalui lagu-lagu balada yang disampaikan. Lagu se­perti Malam, Oh Bulan, Kiambang te­rus membuai keasyikan penonton.
Ruang konsert bertukar menjadi gamat apabila lagu Keroncong untuk Ana dan Kepadamu Kekasih diperde­ngarkan. Sorakan itu membuktikan lagu tersebut menjadi titik tumpuan pendengar apabila bercerita mengenai seleksi pilihan lagu Kembara.

A.ALI turut mendendangkan sebuah lagu yang mempamerkan mutu vokalnya masih baik.


Barangkali, ia saat paling indah dalam konsert berkenaan kerana ke­dua-dua lagu berkenaan disampaikan M. Nasir dengan penuh penghayatan sehingga berjaya menyentuh perasaan penonton.
Sentuhan lagu Kepadamu Kekasih yang disulam dengan bunyi trumpet berjaya mengubah susunan muzik lagu tersebut menjadi sedikit moden. Ternyata pengalaman meniup trumpet oleh Jaring diluahkan sepenuhnya dalam konsert tersebut.
Menambahkan lagi rencah dalam konsert tersebut, bantuan pemuzik instrumental yang diketuai oleh pe­ngarah muzik Zamberi Shah atau Bombay ternyata berjaya memberi nafas baharu dalam setiap rangkap-rangkap lagu yang disampaikan.
Konsert pada malam itu turut di­iringi oleh 12 pemuzik dan empat pe­nyanyi latar, Secara keseluruhannya Kembara menyampaikan 27 buah lagu yang diambil daripada album-album hebat mereka.
Berkongsi perjalanan mereka terutama pada awal kemunculan sebagai penyanyi di Malaysia, M. Nasir bijak mencuri perhatian penonton dengan jenaka dan kisah sebenar di sebalik penubuhan kumpulan Kembara.
Tidak membiarkan penonton terbuai terlalu lama dengan lagu balada,beliau kembali bertenaga de­ngan menyampaikan lagu rancak seperti Kutu, Duit, Hati Emas.
Tepat pukul 11.30 malam, konsert tersebut melabuhkan tirai dengan persembahan sebuah lagu epik kumpulan itu yang pernah dinyanyikan semula oleh Datuk Hattan berjudul Gerhana.
Secara keseluruhan, konsert ini di­lihat sebuah untaian kisah perjalanan kumpulan Kembara. Segala tanda soal mengenai kumpulan ini terjawab secara lengkap sepanjang tiga jam konsert tersebut berlangsung. Biarpun ia disampaikan dalam sebuah kembara muzik, namun isi kembara itu dapat divisualkan dengan jelas dan dapat dihadam dengan baik oleh semua penikmatnya. Selamat terus mengembara, Kembara.

Monday, November 17, 2014

Dari Kuala Lumpur ke Melaka ( Kisah Orang susah tipu orang susah )

Tahun nih dah masuk tahun ke 4 aku ulang alik dari Kl ke Melaka. Dari zaman Pudu hingga hentian sementara kat Bukit Jalil hinggalah sekarang nih kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) milik penuh Maju Holding yang serba canggih dan selesa walaupun mesin bayar parking & tiketnyer masih mundur kerana tak boleh guna duit baru (tapi claim stesen Bas canggih) kat malaysia nih apa pon buleh jadi hehehe...

Dari mula mula kawen hingga sekarang anak dah dua aku masih jadi weekend husband, masih lagi ulang alik hari jumaat petang atau hari sabtu pagi oleh kerana kerja aku banyak terpaksa la potong masa bersama anak isteri huhuhu..datang Balik untuk cari rezeki hari ahad malam atau pagi Isnin ( kompem lewat masuk opis kalau gerak pagi isnin tu..) tapi nak buat macamana dah naik bus,nak naik kereta bahaya lagipun gaji kecik komitmen banyak ( PTPTN tak bayar lagi tuh, konpem blacklist lagi start Januari 2015 nanti) mana cukup nak blanja petrol ( Malaysia nih harga minyaknyer memang tinggi melangit tapi nak buat camana dah korang sokong ) tu tak kira  lagi tol lagi. Kalau naik keter pergi balik tu habis la RM 120 dgn kereta racing aku tuh yang memang suka telan minyak banyak banyak.

Berbalik kepada cerita asal pasal aku dah banyak melalut tadi, nih nak cerita pasal orang susah tipu orang susah. begini ceritanya, sekarang nih bila aku naik bas dah ada peraturan baru oleh syarikat bas dan juga kerajaan melalui agensi yang diwujudkan untuk bagi kerja kat bekas menteri yang takda keja tu..tak payah sebut nama layer,nanti kena saman pulak. Peraturanya adalah melarang Bas berhenti sebelum sampai ke stesen bas. korang bayangkan bas tu lalu depan rumah kau tapi driver tu cakap takleh berhenti walaupun ada bus stop.Tak kenamanyer bangan driver tu???Sebab nak ikut polisi tapi kau menyusahkan rakyat macam aku nih,dah la aku susah minyak mahal, ko nak suruh bini aku start kereta dan menjahanamkan 5 liter petrol untuk amik aku kat stesen bus.Tak ker itu peraturan gila yang kau ikut??? nih la yang dimakan dah la kau susah,kerja driver bas kau susahkan aku pulak yang sedia susah. bertimbangrasala sikit driver bas oiiiiiiiiii..

Tak payahla ko nak tunjuk integriti sanagat, hari-hari kau amik penumpang duit kau kaut masuk dalam poket,tak bagi pon kat tokey kau time nih ko nak tunjuk kuasa dan ikut peraturan pulak.. ko tau tak ko lalu depan rumah aku tapi ko paksa aku pergi lagi 40KM tak ke bangan tuh namanyer.
Mana kerajaan yang suruh rakyat berjimat tapi memaksa rakyat berbelanja lebih dengan peraturan ini,sebelum buat peraturan tolong pakai otak jangan pakai lutut.

Harap semua yang membaca bersabar yer,baca dgn lembut jangan marah marah lauhan rakyat marhaen seperti aku nih...


Thursday, January 26, 2012

Luqman dah besar.





Salam semua,ari ni xda story pon saja nak update gambar my boy yang da semakin besar.arini da masuk 44 hari da umur dia. Syukur my boy sihat walafiat. Harap - harap sihat sokmo, jgn mcm papa dia asyik sakit je..

Atuknya dari kelantan pon da 2 kali datang. Rindu cucu katanya. Ingat next week nak bawak balik kelantan nak bagi rasa udara tanah dan air kelantan biar besar ada jiwa kelantan sikit.

Cukup dulu disini nanti bos marah duk berbloging time keja hehe..

Tuesday, December 6, 2011

Annual Dinner Kumpulan UEM








Semalam 5 December bertempat di Mines International Exhibition & Convention Centre Kumpulan UEM telah mengadakan Annual Dinner untuk meraikan seluruh anggota Kumpulan syarikat seperti OPUS, UEM Land, UEM Builders, CIMA, Kualiti Alam dan Propel. Program julung julung kali diadakan ini di hadiri lebih 4000 tetamu. Program ini di hoskan oleh pengacara terkenal iaitu Farouk ,Shahira & Kamal polis tu, tah sjak bila dia jadi pelawak plak,maybe sebab dia da gerun sejak tembak orang aritu kot tu yg tukar profesion hehe..

Program semalam bleh tahan la hapening nya cuma ramai rakan sekerja aku xjoin,so kurang geng la,bini aku lak ngah sarat jadi xleh bawak jugak so aku bawak member baik aku,Wan Mat Sabri. Malam tu aku datang da lewat so xsempatla aku nak tgk ragam dan pakaian2 tetamu,mana yang cantik mana yang seksi..melepas beb... Annual dinner ni bertemakan Culture of The world tapi xmendaat support yang menggalakkan pasal aku tgk xramai yang pakai bertema. Biasa biasa ajer org kata.

Makanan utama tuk jamuan semalam pon xbest sgt,nasi mcm best tp lauk plak failed. Tapi apapun syabas kepada penganjur kerana telah berjaya menjayakan program ini dgn jayanya..Bukan senang nak adakan majlis 4000 org,ni dinner bukan ceramah pakatan rakyat yang beribu2 tu. nak serve mkn n atur jadual,payah tu..Syabas sekali lagi..

Aku harap di tahun tahun akan datang diadakan program seperti ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pekerja dan majikan.
Insyallah tahun depan jumpa lagi...

adios amigos ....(zunoding hok tok berapa cerdik tu suka guna perkataan ni)


Friday, December 2, 2011

Money is Not Enough


Money money money.......where's the money?? duit duit dimana kau duit.....
Duit ni xpenah cukup..Ada seribu nak dua ribu ada dua nak tiga macam bini jugak ada 1 nak 2 ada 2 nak 3 kalo boleh nk cukupkan 4 macam bapak mertua aku..Tapi pokoknya duit...

Bini - Anak, bini aku da nak due dlm bln ni, ikutkan kiraan doktor dia akan deliver 25 Disember tapi ada sedikit berita buruk doktor ckp my baby songsang so kalo last check up nanti baby still songsang maka mayby solving dia akan lakukan cesarean.. Klau boleh xnak la cmtu,bimbang kami nak cara normal apapun aku hanya mampu berdoa agar baby aku pusing bg normal... aku harap sesiapa yang baca pasal ni tolong doa kat bini aku bg dia kuat semangat & selamat lahirkan baby aku..