PAGES

Monday, August 30, 2010

Hari ke 20 Ramadhan

Sudah 20 hari kita semua melalui ramadhan,makin hampir ramadhan akan meninggalkan kita.Apa yang aku dapat pada ramadhan kali ini??? Adakah aku berubah lebih baik pada sebelumnya atau masih seperti dulu. Entahla nak kata makin baik macam tak je,duk tang tu jugak,ada la ubah-ubah sikit mana yang patut ubah tapi tahla berubah ke tak.Gua sendiri pun tak tahu..

Sekitar Konsert Suatu Masa Amy Search




































Lagu ini membuatkan aku menangis ...

Pengemis Cinta
Artist: Ella

Suka dan duka silih berganti
Bayang dirimu menghilang kini
Mengapa adakah aku bersalah

Menangis hati memanggilmu
Teringat segala sumpah janjimu
Dahulu akulah suri hidupmu

Apakah upaya
Diriku wanita
Dan yang tinggal kini
Kedukaan

Tak akan ku jadi
Pengemis cintamu
Akan kubuktikan
Kepadamu

Luka di hati kurawat sendiri
Hari berlalu musim berganti
Dan kini kau ingin
Diriku lagi

Friday, August 20, 2010

Salah Satu Peluang yang Masih Luas Untuk diterokai

Yong Tau Foo Muslim

"Pernah pada mulanya saya ke sebuah cabang pelaburan kerajaan membawa kertas kerja, tapi belum pun sempat nak tunjuk, saya sudah dileteri lebih setengah jam... orang Melayu tidak tahu berniaga...,"Yang membuatkan yong tau foo Hikmah Food Specialities istimewa ialah kerana pengusahanya seorang Melayu, yang mempromosi yong tau foo halal.Kedai Hikmah Food Specialities Sdn Bhd milik Syed Abdullah Syed Hassani, 48, dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.Produk yong tau foo Hikmah ini semakin banyak didapati di pasar malam, pasar tani dan pasar raya di negeri-negeri.Baginya yong tau foo halal keluaran seorang Melayu, banyak potensinya. "Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya.Beliau mengakui dahulunya beliau tidak ada ilmu asas membuat yong tau foo, oleh itu beliau mencari rakan kongsi - seorang peniaga pasar malam Zainon Hashim dan Low Pik Woon yang pernah bekerja di kilang tauhu semasa kecil.Bahkan untuk mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan ini juga Syed Abdullah terpaksa bersusah dahulu kerana pertama, 1999 (tahun beliau memulakan perniagaan) adalah waktu kemelesetan ekonomi mula menjengok, kedua, beliau seorang Melayu yang mahu berniaga barang yang bukan tradisi orang Melayu dan ketiga, beliau tidak ada trek rekod berniaga sedangkan bank-bank begitu memilih ketika itu.Selepas empat tahun, baru orang mula mengenali produk yong tau foo Hikmah dan Syed Abdullah sudah memberanikan diri membuat pemasaran sendiri, menyertai pameran, membeli mesin baru dan membesarkan premis pengeluaran dan jualan di Taman Industri Bolton, Batu Caves.Syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari dan jualan mencecah RM250,000 hingga RM300,000 sebulan.Kini Hikmah Food Specialities mempunyai pekerja seramai 40 orang dan sebuah cawangan di Subang.Dengan bantuan dan sokongan daripada MARA, syarikat ini berpindah ke premis baru yang lebih besar di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Kampung Batu Muda, Batu Caves. Syed Abdullah turut melaburkan RM3 juta untuk membeli mesin baru dan sebagainya untuk premis barunya ini.Syed Abdullah kini boleh berbangga produk yong tau foo halalnya sama standard dengan produk di pasaran. Katanya dalam memastikan produk yong tau foonya 100 peratus halal, beliau tidak menggunakan bahan kimia yang tidak menentu atau plasma (protein darah haiwan) yang boleh melikatkan dan melembutkan tekstur bebola atau kek ikan.Sumber: Web MECD

Bandingkan Rekaan Barat VS Orang Kampung Aku


Motor Suzuki Gamma yang di sumpah menjadi scrambler itu ialah motor buatan Stopa seorang tukang rumah dan tukang besi kat kampung aku,dengan alatan pertukangan yang asas beliau berjaya mencipta sebuah motor yang secara fiziknya dari segi keseimbangan hampir sempurna di sebuah bangsal. Berbeza dengan motor buatan Eropah dibawah yang cantik dan seksi tersebut mungkin dibuat oleh jurutera -jurutera dengan kelengkapan canggih di kilang mereka. Jadi ini membuktikan bahawa ramai dari oarang kita sebenarnya mempunyai kemahiran tetapi kerana kekurangan modal dan bantuan menghalang mereka untuk maju kedepan, di tambah pula karenah birokrasi di Malaysia tanah airku tercinta ini menyebabkan terhalangnya pengembangan kretiviti seseorang. Aku pernah lihat seorang rakyat Malaysia yang sangat mahir mencipta motor Choper dari besi-besi terpakai dan murah tetapi hasil rekaan tersebut dilarang @ di haramkan di gunakan di jalanraya Malaysia kerana karenah birokrasi. Motor buatannya sangat baik dan menepati spesifikasi keselamatan untuk digunakan tetapi kerana dia tidak mempunyai wang untuk membina kilang dan membuktikannya melalui r&d hasilnya tidak boleh digunakan. Akhirnya beliau merajuk dan lari ke thailand untuk meneruskan kretiviti tersebut,disana beliau boleh menjual motorsikal beliau secara bebas. Beliau pernah mendapat liputan akhbar Kosmo pada suatu masa lalu. Diharap pada masa depan kerajaan membenarkan pembuatan motosikal sendiri walau apa pun istilahnya seperti ubahsuai ke hapa ke janji motor tu ada brek.



Thursday, August 19, 2010

Pengalaman Kerja...

kerja oh kerja
macam macam kerja aku dah buat
kerja hidang makanan
kerja buruh binaan
kerja jual produk pelaburan (consultan)
kerja gomen
kerja opis
semua aku da buat.
tapi satu kerja pon x secocok ngan aku
huhuhu

Satelit Puaka

Wings

Satelit Puaka

Aaa... aaa... aaa...
Gantung sampai mati
Puaka semalam lu
Itu saja jawapannya
Atau dilontarkan

Mana nak kulontarkan
Puaka durjana ini
Gantungkan di langit pertama
Bagaikan satelit

Satelit puaka
Lu patut diibaratkan
Tergantung di angkasa
Bersaksikan desa

Satelit puaka lu diibaratkan
Lu saksikanlah lu punya dosa
Lu renung ke bumi sedar diri sendiri
Ku taburi pasir batu di rongga
Apakah salah dosa
Adakah terlalu berkuasa
Terlalok lupa
Lu terlupa

Lu taburi janji temberang
Janji hancing dan kotor
Adakah terlalu berkuasa terlalik lupa
Lu terlupa

LAGU INI MENGGAMBARKAN BAHAWA KEBEBASAN TELAH DI RANTAI..LIRIK HASIL NUKILAN NASIR JANI INI SECARA TEPATNYA DI TUJUKAN KEPADA 'PEMBESAR' YANG MENGUASAI STESEN RADIO DAN TV PADA MASA ITU YANG MANA MABUK KUASA HINGGA LALOK TERLUPA YANG SETIAP INDIVIDU MEMPUNYAI HAK KEBEBASAN UNTUK BERKARYA DAN BERSTYLE.USAHLAH DI PAKSA DENGAN BERBAGAI UNDANG-UNDANG YANG DIWUJUDKAN UNTUK MEMENUHI SELERA SENDIRI.

Friday, August 13, 2010

Salam ramadhan petang ke 3



Menu berbuka hari ini nasi kerabu,puding gula hangus dan air cendol. Semua makanan pure kelantan cuma nasi kerabu takda jeruk bawang kurang mengancam la sedikit. Niat arini nak berbuka ngan bini tapi tiket bus habis so terpaksala jadi bujang lagi arini. Makanan berbuka ni kalau jadi anak kelantan senang,duk mana pon pasti jumpe nasi kerabu,xbimbangla kata orang setakat rindu pada masakan tu pegi kg. baru semua ada. Nak apa?akok,nasi kerabu?nasi dagang,sari mandi,sira pisang semua ada xpayah bimbang pasti jumpe kalu datang awal.

Selamat berbuka pada semua yang beragama islam.

Revolusi BlackBerry Cetus Kontroversi

SEDEKAD lalu mungkin tidak ramai yang mengenali produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Kanada, Research In Motion (RIM) itu.

Penggemar teknologi khususnya telefon bimbit lebih gemar memilih jenama yang mempunyai nama dalam lapangan pembuatan peranti telekomunikasi mudah alih.

Senario itu terjadi mungkin disebabkan produk pertama BlackBerry yang dihasilkan pada tahun 1999 adalah berasaskan konsep alat kelui.

Evolusi perubahan peranti pintar BlackBerry pertama mula dicipta pada tahun 2002 yang mengetengahkan keupayaan e-mel tolakan, faks Internet, pelayaran laman web dan perkhidmatan maklumat tanpa wayar lain.

Selain itu, peranti pintar BlackBerry juga dilengkapi keupayaan aplikasi seperti buku alamat, kalendar dan sebagainya sama seperti peranti pintar lain yang terdapat di pasaran.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, gergasi telekomunikasi berlumba-lumba menghasilkan peranti mudah alih berkuasa tinggi sehingga muncul segmen telefon pintar menjengah pasaran dunia.

Jenama BlackBerry tidak terkecuali membangunkan telefon pintar sehingga melakar nama dalam segmen tersebut sehingga menjadi bualan hangat pengguna peranti mudah alih.

Keupayaan teknologi BlackBerry mula mencuri tumpuan golongan usahawan dan profesional dalam mengharungi kehidupan seharian mereka kerana ia dapat memudahkan segala urus niaga dan komunikasi yang ingin dilakukan dengan mudah lagi pantas tanpa sebarang gangguan.

Namun, kemasyhuran telefon pintar itu mula terserlah di persada dunia apabila Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjaya mengekalkan penggunaan peranti tersebut tahun lalu.

Pelbagai spekulasi dan kesangsian mengenai keselamatan penggunaan peranti tersebut mula timbul bagi menghalang Obama menggunakan peranti pintar itu sebelum beliau melangkah masuk ke Rumah Putih menjawat jawatan Presiden AS.

Obama berkata, telefon pintar tersebut merupakan peranti yang akan digunakan untuk berhubung dengan rakyat AS dan mengelak daripada terperangkap dengan tugasan presiden.

"Ia merupakan salah satu antara sejumlah peranti yang saya cuba gunakan bagi memastikan rakyat masih boleh berhubung dengan saya.

"Saya ingin mempunyai suara, selain daripada orang terdekat yang bekerja dengan saya dapat menghulur dan menghantar maklumat tentang apa sedang berlaku di AS," katanya.

Bagaimanapun, telefon pintar milik Obama telah diubah suai dengan perisian keselamatan canggih berbanding BlackBerry yang terdapat di pasaran untuk mengelak penggodam daripada memasuki peranti tersebut.


BLACKBERRY diminati kerana kecanggihan teknologinya.


Keistimewaan telefon pintar Blackberry terletak pada kecanggihan teknologinya. Malah ia begitu dikenali kerana mempunyai kebolehan menghantar dan menerima e-mel di mana sahaja.

Kemudahan tersebut boleh digunakan dengan mudah sekiranya terdapat liputan rangkaian perkhidmatan mudah alih atau melalui sambungan Wi-Fi.

Data yang diekstrak

Dalam pada itu, perbezaan ketara yang terdapat pada telefon pintar tersebut adalah data yang diekstrak daripada peranti BlackBerry akan disimpan dalam format khas iaitu IPD dengan fail akan dienkripsikan ke sistem kerangka utama BlackBerry.

Ini bermakna pencerobohan sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memperoleh maklumat yang dihantar atau diterima pengguna BlackBerry.

Pelayan Enterpris BlackBerry (BES) menjadi tulang belakang kejayaan syarikat itu menawarkan sistem e-mel mudah kepada pengguna yang membolehkan mereka membuka Microsoft Exchange, Lotus Domino dan Novell Group Wise.

Menariknya tentang BES, ia berupaya menyimpan akaun e-mel secara bersepadu dengan mengemaskini kotak e-mel pengguna sebaik mesej masuk diterima yang dihantar melalui Pusat Operasi Rangkaian RIM (NOC) dinamakan e-mel tolakan.

Secara teknikalnya, ia membekalkan sambungan TCP/IP menerusi komponen Perkhidmatan Data Mudah Alih - Servis Sambungan (MDS-CS) yang memungkinkan pembangunan aplikasi ke peranti BlackBerry berasaskan platform Sun Microsystems Java ME.

Kecanggihan teknologi BlackBerry tidak terhenti di situ sahaja kerana peranti baru telefon pintar dibangunkan syarikat RIM turut dilengkapi perisian BlackBerry Messenger (BBM).

BlackBerry Messenger yang juga dikenali sebagai BBM oleh masyarakat alam maya digunakan untuk menghantar dan menerima mesej segera melalui PIN BlackBerry dan imbasan kod bar.

Khabar gembira

Mengapakah teknologi perisian BBM begitu digemari pengguna peranti BlackBerry sehingga tidak menggunakan lagi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila berkomunikasi dengan pemilik BlackBerry lain?

Keunikan BBM adalah ia tidak melibatkan pembayaran seperti perkhidmatan SMS apabila menghantar mesej segera. Mereka juga mempunyai kebebasan berhubung bersama rakan-rakan yang berada di luar negara.


BLACKBERRY mencetuskan ketagihan di seluruh dunia.


Ia juga membenarkan paparan gambar, mesej peribadi, menghantar dan membaca pemberitahuan kepada pengguna-pengguna lain.

Kesemua ciri-ciri yang dimiliki telefon pintar BlackBerry mula mencetus fenomena dan ketagihan di kalangan peranti mudah alih seluruh dunia.

Perjalanan kecanggihan teknologi telefon pintar BlackBerry tidak seindah yang disangka apabila mencetuskan kontroversi di beberapa buah negara di dunia.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Arab Saudi telah mengarahkan pengendali telefon bimbit supaya menyekat perkhidmatan BlackBerry bermula Jumaat lalu atau berdepan denda AS$1.3 juta (RM4 juta) jika gagal berbuat demikian.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi telah menangguhkan larangan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry di negara berkenaan.

Kenyataan agensi berita rasmi SPA menyatakan, perkhidmatan telefon pintar itu akan beroperasi secara dalam talian seperti biasa dan ia perlu melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada pihak berkuasa Arab Saudi sebelum jalan penyelesaian muktamad dicapai oleh kedua-dua belah pihak.

Penangguhan tersebut telah membawa perkhabaran gembira kepada pengguna BlackBerry yang mencecah berjuta orang di Arab Saudi.

"Saya tidak mengetahui mengapa mereka membuat kecoh mengenai BlackBerry," kata Sahar Mohammed, 19 seorang pelajar universiti.

"Mereka sepatutnya mencapai persetujuan pada minggu lalu tanpa perlu membuatkan pengguna melalui pengalaman kurang selesa pada minggu lalu," ujarnya.

Medium terbaik




Telefon pintar berkenaan menjadi medium terbaik kepada golongan lelaki dan wanita di Arab Saudi untuk berhubung di antara satu sama lain melalui alam maya.

"Saya mungkin akan mati...jika perkhidmatan berkenaan dihentikan walaupun selama tiga hari," kata Alonood Oseilan di laman sosial Facebook yang memprotes pengharaman perkhidmatan berkenaan.

Seorang pelajar universiti, Khaled al-Harthi, 21, berkata, dia bergegas membeli peranti BlackBerry baru untuk meraikan peristiwa istimewa berkenaan.

"Saya sudah mempunyai BlackBerry tetapi saya sangat gembira apabila perkhidmatannya diteruskan dan mengambil keputusan membeli satu lagi peranti berkenaan," ujarnya.

Selain Arab Saudi, kontroversi mengenai teknologi BlackBerry juga berlaku di negara, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Indonesia dan beberapa negara lain.

Di Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menyediakan pakej terbaik BlackBerry kepada pengguna.

Malah pakej-pakej berkenaan telah menjadi fenomena baru masyarakat negara ini khususnya golongan belia berkomunikasi bersama rakan-rakan dengan lebih pantas dan mudah.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, laporan itu kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan dalam satu mesyuarat minggu ini.

"Laporan itu adalah tentang dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung di beberapa negara.

"Kita akan umumkan hasilnya selepas mesyuarat nanti," katanya.

Wednesday, August 11, 2010

Balik kampung.

Pada 8 ogos aritu aku balik kampong,best sekarang musim buah-buahan duku,dokong,rambutan, durian dan manggis.Fuh best giler kat rumah aku keliling pokok-pokok mengeluarkan hasil.Nasib baik la abah aku rajin berbudi pada tanah tahun ni dapatla merasa hasilnya.syukur padamu ya Allah.

Harap tahun depan lagi banyak hasilnye hehe..Nak makan buah datang la kerumah panjat sendiri haha.

RAMADHAN KEMBALI LAGI

Firstly aku bersyukur kerana dapat bertemu kembali dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak,semoga ramadhan kali ini aku diberkati dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. Kepada semua aku ucapkan selamat menyambut ramadhan ,puasa jangan tinggal yer.Ni rukun Islam tau.
For my wife, selamat berpuasa.