PAGES

Friday, August 20, 2010

Salah Satu Peluang yang Masih Luas Untuk diterokai

Yong Tau Foo Muslim

"Pernah pada mulanya saya ke sebuah cabang pelaburan kerajaan membawa kertas kerja, tapi belum pun sempat nak tunjuk, saya sudah dileteri lebih setengah jam... orang Melayu tidak tahu berniaga...,"Yang membuatkan yong tau foo Hikmah Food Specialities istimewa ialah kerana pengusahanya seorang Melayu, yang mempromosi yong tau foo halal.Kedai Hikmah Food Specialities Sdn Bhd milik Syed Abdullah Syed Hassani, 48, dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.Produk yong tau foo Hikmah ini semakin banyak didapati di pasar malam, pasar tani dan pasar raya di negeri-negeri.Baginya yong tau foo halal keluaran seorang Melayu, banyak potensinya. "Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya.Beliau mengakui dahulunya beliau tidak ada ilmu asas membuat yong tau foo, oleh itu beliau mencari rakan kongsi - seorang peniaga pasar malam Zainon Hashim dan Low Pik Woon yang pernah bekerja di kilang tauhu semasa kecil.Bahkan untuk mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan ini juga Syed Abdullah terpaksa bersusah dahulu kerana pertama, 1999 (tahun beliau memulakan perniagaan) adalah waktu kemelesetan ekonomi mula menjengok, kedua, beliau seorang Melayu yang mahu berniaga barang yang bukan tradisi orang Melayu dan ketiga, beliau tidak ada trek rekod berniaga sedangkan bank-bank begitu memilih ketika itu.Selepas empat tahun, baru orang mula mengenali produk yong tau foo Hikmah dan Syed Abdullah sudah memberanikan diri membuat pemasaran sendiri, menyertai pameran, membeli mesin baru dan membesarkan premis pengeluaran dan jualan di Taman Industri Bolton, Batu Caves.Syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari dan jualan mencecah RM250,000 hingga RM300,000 sebulan.Kini Hikmah Food Specialities mempunyai pekerja seramai 40 orang dan sebuah cawangan di Subang.Dengan bantuan dan sokongan daripada MARA, syarikat ini berpindah ke premis baru yang lebih besar di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Kampung Batu Muda, Batu Caves. Syed Abdullah turut melaburkan RM3 juta untuk membeli mesin baru dan sebagainya untuk premis barunya ini.Syed Abdullah kini boleh berbangga produk yong tau foo halalnya sama standard dengan produk di pasaran. Katanya dalam memastikan produk yong tau foonya 100 peratus halal, beliau tidak menggunakan bahan kimia yang tidak menentu atau plasma (protein darah haiwan) yang boleh melikatkan dan melembutkan tekstur bebola atau kek ikan.Sumber: Web MECD

No comments:

Post a Comment