PAGES

Friday, August 20, 2010

Bandingkan Rekaan Barat VS Orang Kampung Aku


Motor Suzuki Gamma yang di sumpah menjadi scrambler itu ialah motor buatan Stopa seorang tukang rumah dan tukang besi kat kampung aku,dengan alatan pertukangan yang asas beliau berjaya mencipta sebuah motor yang secara fiziknya dari segi keseimbangan hampir sempurna di sebuah bangsal. Berbeza dengan motor buatan Eropah dibawah yang cantik dan seksi tersebut mungkin dibuat oleh jurutera -jurutera dengan kelengkapan canggih di kilang mereka. Jadi ini membuktikan bahawa ramai dari oarang kita sebenarnya mempunyai kemahiran tetapi kerana kekurangan modal dan bantuan menghalang mereka untuk maju kedepan, di tambah pula karenah birokrasi di Malaysia tanah airku tercinta ini menyebabkan terhalangnya pengembangan kretiviti seseorang. Aku pernah lihat seorang rakyat Malaysia yang sangat mahir mencipta motor Choper dari besi-besi terpakai dan murah tetapi hasil rekaan tersebut dilarang @ di haramkan di gunakan di jalanraya Malaysia kerana karenah birokrasi. Motor buatannya sangat baik dan menepati spesifikasi keselamatan untuk digunakan tetapi kerana dia tidak mempunyai wang untuk membina kilang dan membuktikannya melalui r&d hasilnya tidak boleh digunakan. Akhirnya beliau merajuk dan lari ke thailand untuk meneruskan kretiviti tersebut,disana beliau boleh menjual motorsikal beliau secara bebas. Beliau pernah mendapat liputan akhbar Kosmo pada suatu masa lalu. Diharap pada masa depan kerajaan membenarkan pembuatan motosikal sendiri walau apa pun istilahnya seperti ubahsuai ke hapa ke janji motor tu ada brek.



No comments:

Post a Comment