PAGES

Thursday, December 23, 2010

Ubi Gadong..

Salam semua, lama dah rasa x update blog aku ni,so arini rasa nak tulis sikit pasal sejenis makanan pelik orang melayu kita. Korang kenal ubi gadong tak??Ubi gadong ni sejenis ubi hutan yang beracun,sapa makan konpem pening dan mutah dan boleh membawak kepada kematian. Sama jugak dengan ikan buntal makan membawa padah!! tapi sebenarnya kalo kena caranya ubi ni adalah antara tersedap dalam kelasnya. so arini aku nak kenalkan pada semua tentang ubi gadong yang sangat sedap ni tentang cara-cara macamana korang semua nak makan ubi ni. First konpem la kena cari ubi ni kan,xda dijual dikedai2 sembarangan ni, ubi ni mempunyai batang yang berduri semacam pokok rotan dan mempunyai daun semacam daun sireh. Da jumpa pokok ubi ni apalagi gali la ye,amik ubinya,lepastu korang balik buang kulitnya dan hiris nipis-nipis letak kedalam raga atau apa apa saja la yang penting bekas jenis jarang yang mana air boleh lalu..pastu letakan bekas yang berisi ubi tu di tempat air lalu,kat kl xleh buat kot pasal longkang sahaja yang ada tempat air lalu ni,konpom kita pulak yang xlalu nak makan. kat kampung aku aku letak kat dpn kalbot( tempat air yang mengalir dekat sawah atau paya) proses ini sangat penting tau kalau x konpem sapa makan akan bermasalah. alirkan di air tu sehingga 2-3 hari selok eloknya untuk menyingkirkan racun ubi tu. Setelah 3 hari tu pegi amik la,bau dia mesti busukbusuk skit,biasala dah benda kena jeruk dlm air tu kan. pasal busuk tu la yang buat dia sedap kot. Pastu bolehla direbus bersama pulut,dan di makan bersama kelapa yang digaul ngan garam,bleh gak taruk nise gula merah tu.best wooo...

Itu sahaja la tuk kali ini,cubala ek,blik kg pegi cari ubi tu kat hutan. kat bawah tu ada link pasal ubi gadong yang ditulis oleh seseorang yang mengenali ubi gadong..

http://1ganukite.blogspot.com/2009/03/ubi-gadong-di-kampung-bukit-wan-kuala.html



No comments:

Post a Comment