PAGES

Tuesday, January 11, 2011

Alam Persekolahan

Salam semua,

Musim cuti sekolah sudah berakhir , minggu ini para pelajar mula kembali ke sekolah untuk meneruskan pengajian yang sudah di tinggalkan hampir dua bulan. Bila tengok budak-budak berpakaian seragam sekolah terkenang aku pada alam persekolahanku dulu.

Aku masih ingat pada tahun 1995-1996 zaman aku bersekolah rendah di Sek. Keb. Beta Hulu. Time tu aku tinggal bersama nenek dan atuk aku bersama adik beradik yang len. Kami adik beradik memang tinggal bersama tok nenek pasal ma aku tak berapa sihat kerana penyakit saraf yang di alaminya. Lagi pun time tu abah aku keja lagi kat kem Desa Pahlawan , mereka tinggal kat Ketereh (dekat je pun sebenarnya). Zaman itu aku pegi sekolah naik basikal je.Sekolah dari rumah tak jauh sangat tapi berpeluh la jugak nak gatih (kayuh) basikal tu. Zaman tu bangun pagi – pagi lagi,biasala sekolah 7.45 da masuk tapi aku memang selalu lambat haha..(sampai sekarang masih tak berubah). Pasal selalu lambat memang da biasa kena denda la,biasanya ada je pengawas tulis nama dan kadang-kadang memang cikgu pun ada bersama siap ngan rotan daa..huhu pagi-pagi da kena denda adeh..

Pada masa tu duit saku tuk belanja sekolah nenek aku bagi 50sen-60sen je,bukan cam zaman sekarang paling koman pon $1.50-$2.00. 50 sen zaman tu boleh la beli nasi dan air sirap.Seingat aku bukan selalu aku makan nasi pasal nak jimat cermat ni,Selalunya time rehat aku beli keropok lekor ngan air je habis la 30sen petang ni ada la lagi 20 sen tuk belanja fardu ain plak. Pasal selalunya time kelas fardu ain yang jam 3 hingga 5 petang tu nenek aku tak bagi duit da. Biasala kami ni bukan orang senang . Nenek aku ngan tok aku keja kampong je,mengerjakan bendang tu la kerja mereka. Zaman tu anak-anak pun bukan senang lagi,so kitaorang ni bulehla di ketegorikan taraf sederhana tahap kampong.

Tapi zaman sekarang bila aku da duk Bandar besar macam kolumpo ni aku tengok budak-budak sekolah sekarang dasyat,tengahari makan kat café-café yang ada kelas, siap bleh lepak kat internet café berjam-jam plak.Banyak betul duit mak bapak diorang tapi bila aku balik kampong orang kampong masih tahap tu jugak,takda la berubah sangat dengan 10 tahun yang lalu, yang berubah pun mungkin ngan duit saku yang depa bawak tapi nasi sekarang da seringgit,air da 30 sen. Boleh kata semua mahal la, tu yang terpaksa mak bapak menyediakan duit lebih tapi tuk orang yang kerja kampong, tingkat pendapatanya masih sama ,tak berubah sangat pun. Kadang-kadang aku terpikir macamana nasib aku pada masa depan, macam sekarang pendapatan aku ni boleh di ketogorikan miskin tegar kat bandaraya seperti kolumpo ni. Aku da cuba berubah tapi rezeki aku belum sampai lagi kot, whatever pun aku akan usaha sampai aku berjaya. Aku harap pada budak-budak kampong aku belajar la rajin-rajin kalo tak memang susah la korang nak senang. Zaman sekarang makin mencabar , semua orang berlumba-lumba nak jadi yang terbaik. Aku lihat kat opis ni pun mak bapak sibuk nak antar anak kat tempat yang terbaik untuk menjamin masa depan anak-anak mereka , maknanya sekarang adalah zaman yang penuh persaingan jadi aku sangat berharap generasi muda yang duduk kat kmpung aku tu berusahalah bersungguh-sungguh.

Adios amigos (sekadar meminjam salam yb haprak kat kulim tu)

Friday, January 7, 2011

Sedih dgn persaraan beliau...

Salam, tentu korang kenal ngan dia ni kan?Sebahagian dari korang membesar dengan dia ni,dia ni penting kepada semua orang,jawatan dia ialah tukang umum!ni bukan main-main pengumuman tau,dia datang membawa kegembiraan kepada semua.apa pengumuman penting tersebut???apa lagi kalo bukan pengumuman tarikh hari rayaaaaaaaa....lebih penting dari pengumuman naik harga minyak yang sapa pon kalau boleh tak nak dengar...buat panas hati je,bukan bawa berita gembira tapi berita sedih,tak macam engku ni yang bawak berita gembira tiap-tiap tahun tanpa miss. Lepas ni beliau tak da da nk umum-umum ni,konpem korang akan merindui suara dia. Aku rasa sedih dan ingin dedikasikan terima kasih tidak terhingga pada dia,sejak dari kecik hingga aku da besar ni suara nya sentiasa menggembirakan aku dan seluruh rakyat malaysia khasnya yang beragama islam. Terima kasih sekali lagi.

Ni sedikit info tuk dikongsi bersama.

Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku NgahBeliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah (kiri), yang bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab, berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lalu," katanya pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Kuala Lumpur, hari ini.

Sabtu berkata, Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, juga adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu.

- Bernama

Buah Serai

Salam, buah lagi haha..

Ni aku nak cerita pasal buah serai kayu bukan serai yang korang wat tomyam tu,ni serai yang wat kerabu daun kayu tu. Buah ni time aku darjah 6 hingga tingkatan 3 kira menjadi kegemaran aku la. Aku selalu pegi makan buah ni time lepas mengaji Al-Quran atau balik dari berenang kat tali air. Makan buah ni best makan kat atas poko tapi kalo tak cukup tutuh la dahan nya bawak balik satu dahan makan puas puas . rasa buah ni manis-manis kelat, yang masak warna merah cam dlm gambar tu yang putik warna hijau rasanya kelat lah. Pokok yang selalu aku panjat ialah pokok yang tepi tali air dekat kubur Kg. Bunut Satut. Selalu panjat ngan geng-geng mandi tali air la. Buah ni rasanya lebih sedap dari buah kuye yang kat paya belakang umah aku. Buah kuye ni bentuknya sama Cuma bila masak warna hitam pekat. Sedap la jugak buah-buah hutam ni. Korang kalau pernah makan mesti taula rasanya.

Sekian Wasalam.

Buah Ciku Belanda ( Sawo )




salam semua, ceita buah lagi hehe

Buah ni ialah buah Ciku Belanda, buahnya sangatlah sedap. Info pasal buah ni aku tak tau sangat pasal aku pernah makan sekali je. Tempat aku orang panggil Sawo nila (sawo manila ) pasal asal usul pokok ciku kat asia tenggara ni khabarnya dari Spain – Manila (Philiphine) terus ke Indonesia dan Malaysia. Buah ni kalo korang dapat try sekali pasti korang takkan lupakan rasanya yang manis isinya yang lembut bila gigit macam kenyal , aduh sedap gila lah rasanya. Melelh air liur masa tulis pasal buah ni..

Sekian Wasalam.

Buah Kerkuk

Salam,

Arini nak cerita pasal buah-buah pelik yang pada zaman sekarang sangat sukar dicari, kalo ada lagi bagitau la aku nak cari kat mana ye.

Orang Kelantan panggil buah kekuk. Di negeri-negeri lain ada yang panggil buak kerekup. Buah ini seakan-akan sama dengan buah ceri atau anggur. Tapi bukan anggur tau ni lagi sedap dan unik dari anggur.


Sekarang ni dah susah nak jumpa dah pokok kekuk ni. Masa kecik-kecik dulu, selalu panjat pokok kekuk ni bila balik dari mengaji Quran atau balik dari lastik burung. Kat kampong aku dekat rumah mok su Mek Jah je ada pokok ni,sekarang da tak da nampak gaya tak merasa la keturunan aku nak makan buah ni.


Yang unik pasal buah ini ialah sebelum makan, kena gentel-gentel dulu sampai lembik. Jangan gentel benda lain dah la ya, ni gentel bagi lembik bukan bagi keras. Hahaha…Kalau tidak gentel, rasa nya kelat dan tak boleh nak makan la pasal kelat sangat. Kalau dah lembik baru lah manis.


Ada orang kata, air rebusan buah kekuk ni boleh mengubati masalah hempedu dan hati. Juga menjadi ubat untuk sakit kepala, mual dan makanan tak hadam. Info ni aku dapat dari orang len pasal dulu aku sendiri pon tak tau.